Loading.....


Riwayat Bidadari Syurga by Munif Ahmad Online



Riwayat Bidadari Syurga

Riwayat Bidadari Syurga

  • Title: Riwayat Bidadari Syurga
  • Author:
  • Rating:
  • ISBN :
  • Format : Paperback
  • Language : Malay
  • Page : 244 pages


Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam Dialah yang Wujud, Kekal, Maha Besar, Maha Berkehendak, Maha Mengetahui, Maha Pengampun dan Penyayang, Maha Pemurah dan Maha Berkuasa ke atas setiap hambaNya Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad saw Nabi yang telah membawa seluruh umatnya ke jalan keredhaan dan keselamatan Dia juga merupakan sebaik baik manusi Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam Dialah yang Wujud, Kekal, Maha Besar, Maha Berkehendak, Maha Mengetahui, Maha Pengampun dan Penyayang, Maha Pemurah dan Maha Berkuasa ke atas setiap hambaNya Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad saw Nabi yang telah membawa seluruh umatnya ke jalan keredhaan dan keselamatan Dia juga merupakan sebaik baik manusia yang diutuskan Allah di muka bumi ini sebagai ikutan seluruh umat, yang membawa rahmat dan cahaya keberkatan kepada seluruh manusia.Melalui penulisan pertama saya ini, saya ingin mengajak anda semua menghayati dan menelurusi liku liku kehidupan dan pengorbanan wanita wanita serikandi dahulu yang sanggup berkorban dan mempertahankan keimanan mereka terhadap Allah swt sehingga tanpa ragu ragu sanggup mempertaruhkan nyawa mereka sendiri Itu semua dilakukan demi meninggikan syiar Islam di muka bumi ini dan mengagungkan agama Allah ini.Idea penulisan buku ini tercetus dari tugas dan tanggungjawab sebagai composer lagu lagu nasyid Bagi yang sering mengikuti perkembangan saya, pasti anda sedar saya banyak menghasilkan lagu lagu yang bertemakan penceritaan sejarah srikandi Islam, kehebatan wanita wanita terdahulu memperjuangkan Islam dan kesanggupan mereka untuk mati kerana Islam Dari inspirasi sebuah lagu, saya terjemahkannya melalui buku ini supaya sedikit sebanyak akan memberi kekuatan dan inspirasi kepada pejuang pejuang agama dan dorongan untuk kita sentiasa menjadikan wanita wanita yang hebat ini sebagai ilham dan sumber kekuatan untuk melayari liku liku kehidupan yang mencabar lewat ini Betapa tidak Mereka yang dikatakan kaum yang lemah, mampu berdiri sebaris dengan pahlawan pahlawan Islam yang jauh lebih gagah tanpa ada rasa gentar walau sedikit pun Biarpun perjuangan itu menurut kemampuan mereka masing masing, namun ganjaran yang dijanjikan Allah swt untuk mereka tetap standing dengan apa yang telah dijanjikanNya untuk para syuhada.Di samping itu saya sertakan juga lirik lirik lagu sering berkumandang di radio radio Mungkin ada yang tertanya tanya siapakah Sumayyah Siapakah Ratu Syahadah Siapakah Zinirrah Jadi melalui buku ini, Insyaallah anda akan lebih mengenali para wanita penghuni syurga ini.Hasil dari bacaan dan rujukan buku buku, kitab kitab sejarah lama dan kisah kisah dari Al Quran maka mana yang dirasakan sesuai dan menepati kehendak penceritaan maka saya himpunkan Mudah mudahan ada kebaikan untuk umat Islam seluruhnya dan untuk diri saya serta keluarga Untuk mendapatkan keberkatan di atas usaha usaha ini sama samalah kita mengirimkan Surah Al Fatihah buat srikandi srikandi ini Moga moga kita akan mendapat kekuatan dan kehebatan seperti mereka Al Fatihah.Akhir kalam, apa yang benar datangnya dari Allah swt dan yang tidak benar datangnya dari kelemahan diri saya sendiri Wassalam.Hamba yang daifMunif ahmad Putra Aiman


Author Munif Ahmad




Riwayat Bidadari Syurga Reviews (7)

  • Serikandi serikandi yang diceritakan di dalam buku ini adalah sangat sesuai untuk kita jadikan idola Berapa ramai wanita wanita di kalangan kita yang meletakkan para muslimah tersenarai ini sebagai role model mereka Kebanyakan kita meletakkan pejuang pejuang dan tokoh tokoh berasal dari barat sebaga [..]

  • ketika di sana waktu dulu mereka memikirkan yang besar dan penting belaka Tetapi di sini kini kecil itu yang sering dibesarkan Ya Allah, tanamlah semangat mereka di sana kepada kami di sini. [..]

  • beautiful [..]

  • bgaiman menjadi wanita y solehah [..]

  • the best idol for women. [..]

  • Next Reviews ↠


Books Related with Riwayat Bidadari Syurga by Munif Ahmad


online-newbooks.com is in no way intended to support illegal activity. We uses Search API to find the overview of books over the internet, but we don't host any files. All document files are the property of their respective owners, please respect the publisher and the author for their copyrighted creations. If you find documents that should not be here please report them. Read our DMCA Policies and Disclaimer for more details.